fbpx

Tiada dokumen punca warga asing tidak ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Ketiadaan dokumen sah dalam kalangan segelintir warga asing antara cabaran terpaksa dihadapi dalam pemberian vaksinasi kepada golongan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, ini seterusnya telah menyebabkan mereka tidak mahu mengambil vaksin yang disediakan Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) dan Program Vaksin Selangor (SelVAX).

Katanya, terdapat juga warga asing yang mempunyai dokumen dengan nombor pasport yang sama tetapi negara berlainan.

“Janji temu vaksinasi warga asing diberikan secara berkumpulan besar di sesuatu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menyebabkan kesesakan dan aduan dari warganegara.

“Bagi mengatasi masalah ini, pihak Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mengasingkan janji temu bagi warga asing di PPV terpilih,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI