fbpx

Sumbang 2 tan sayur, buah kepada golongan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azahar (tiga dari kiri) bersama Hamid Yahya (dua dari kiri) ketika sumbangan dua tan sayuran yang disumbang kepada golongan asnaf sekitar Kampung Perepat hari ini. FOTO: ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Sebanyak dua tan sayur dan buah disumbangkan beberapa peladang kepada penduduk Kampung Perepat di sini yang terdiri golongan asnaf dan mereka terkesan akibat pandemik Covid-19.

Wakil peladang, Hamid Yahya berkata, usaha itu sebagai keprihatinan bagi meringankan beban mereka selaras dengan tema sambutan bulan kemerdekaan iaitu Malaysia Prihatin.

Katanya, hasil pertanian disumbangkan seperti timun, jagung, jambu batu dan pisang.

“Ini adalah sebahagian usaha kami untuk meraikan kemerdekaan negara kita yang simbolik dengan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara.

“Tambahan, kita juga dalam medan ‘berperang’ dengan pandemik Covid-19 dan bantuan ini secara langsung membantu dalam waktu-waktu sukar ketika ini,” katanya kepada pemberita sempena Program Ramah Mesra Dan Warga Tani Prihatin Usahawan Rock Melon Kampung Perepat Bersama Pengarah Pertanian Selangor hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI