fbpx

Single Inggeris sulung Twice bakal jadi nyata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN TWICE

KUMPULAN K-pop, Twice bakal hadir dengan single pertama berbahasa Inggeris tidak lama lagi.

Memetik laporan Allkpop, Twice kembali menghangatkan industri muzik K-pop setelah kejayaannya melancarkan lagu More & More dan I Can’t Stop Me dalam versi Inggeris sebelum ini.

Terbaharu, kumpulan yang dianggotai sembilan wanita berbakat itu bakal menghadiahkan peminatnya dengan lagu berjudul, The Feels.

Istimewanya, lagu tersebut ditulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, sekali gus menjadi lagu berbahasa Inggeris sulung buat kumpulan itu.

Bagaimanapun, tarikh dan masa pelancaran single The Feels ini belum diumumkan agensi Twice.

Untuk rekod, Twice terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI