fbpx

Sembilan Menteri, Timbalan Menteri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Noh Omar.

PETALING JAYA – Seramai sembilan muka baharu Menteri dan Timbalan Menteri diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menganggotai barisan Kabinet.

Mereka termasuk Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Dua lagi Menteri baharu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Manakala Timbalan Menteri baharu termasuk Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa dan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin.

Muka baharu seterusnya ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Seramai tujuh Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan lama tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet baharu kerajaan ialah:

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Turut tiada dalam senarai bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Selain itu, bekas Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd. Rahim Bakri dan bekas Timbalan Menteri II, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi juga tiada dalam senarai.

Begitu juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI