fbpx

Rugi RM128,498 angkara beli minyak hasilkan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hantar e-mel kepada syarikat yang disasarkan dan menawarkan penjualan minyak precatoria kepada syarikat tersebut.

Mana-mana syarikat yang berminat kemudiannya diminta untuk membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan (akaun keldai) bagi tujuan membeli sampel.

Bagaimanapun, selepas membuat pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang sampel yang dijanjikan dan ahli sindiket gagal dihubungi.

Itulah modus operandi yang digunakan sindiket menjual bahan organik minyak precatoria yang didakwa mampu menghasilan vaksin Covid-19 dalam usaha memperdaya mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, taktik itu dikesan selepas polis menerima lima aduan daripada mangsa yang mendakwa telah diperdaya sindiket itu melibatkan kerugian RM128,498.

“Menerusi siasatan, kita dapati kegiatan penipuan dalam talian itu menjual bahan organik minyak precatoria yang didakwa digunakan untuk menghasilkan vaksin Covid-19 kepada beberapa syarikat di negara ini.

“Kita tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket penipuan yang cuba untuk menangguk di air keruh dengan menjadikan isu-isu berkaitan Covid-19 sebagai modal untuk meraih keuntungan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada berkenaan dengan kegiatan terbabit bagi mengelak daripada menjadi mangsa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN