MERSING – Penduduk di Pulau Besar di sini teruja apabila penantian mereka untuk mendapatkan vaksinasi lengkap selesai hari ini.
Seorang penduduk, Nurul Akma Kamal, 33, berkata, dia sememangnya telah sekian lama menanti untuk mendapatkan janji temu vaksinasi namun bersyukur apabila akhirnya dipanggil.
Dia yang juga merupakan pekerja di resort di pulau berkenaan berkata, janji temu bagi vaksinasi itu lebih mudah selepas ianya dibuat melalui syarikatnya yang berdaftar secata kelompok.
“Kami sangat teruja sebab sebelum ini memang daftar tetapi lambat dapat janji temu. Bila diaturkan dibawah resort ia dapat awal.
“Saya sendiri memang mahu cepat-cepat vaksin sebab bekerja di resort dan kini saya diminta kerja di darat menjaga cafe di sana.
“Bila ramai yang sudah vaksin di pulau ini apa diharapkan pelancongan di sini dapat dibuka dengan cepat,”katanya.
Bagi Mariana Nawang, 45, pula, dia berharap melalui ikhtiar dengan mengambil vaksin itu dapat menghindarkan dia dan keluarga dari virus Covid-19.
Katanya, dia juga merasa amat lega apabila dos yang diterima sudah lengkap sekali gus dapat menikmati kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan tidak lama lagi. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929