fbpx

Noh kembali terajui MEDAC selepas 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Noh Omar.

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar kembali menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) selepas 12 tahun meninggalkan portfolio tersebut.

Noh berkata, pelantikan itu ibarat sirih pulang ke ganggang kerana pernah memegang jawatan sama ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi

Untuk rekod, beliau menerajui kementerian itu bermula 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.

“Alhamdulillah, saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob) atas kepercayaan melantik saya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Pelantikan ini ibarat sirih pulang ke ganggang kerana saya pernah memegang jawatan yang sama ketika pemerintahan Tun Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi),” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu Ismail Sabri mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini.

Noh yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, pelantikan itu adalah kesinambungan kepada tugasnya selaku Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebelum ini.

“Ini adalah satu amanah yang wajib saya tunaikan terutama sekali di saat ramai usahawan terkesan dengan kejatuhan ekonomi akibat daripada wabak Covid-19.

“Terima Kasih juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong saya dari dulu. InsyaAllah amanah ini akan saya tunaikan selaras dengan kehendak Perdana Menteri supaya menfokuskan kepada agenda membantu rakyat,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI