fbpx

Negeri Sembilan FC gagal rantai TRW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kelantan FC meraikan kemenangan selepas menewaskan Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. FOTO : IHSAN TRW KELANTAN FC

KOTA BHARU – Kelantan FC meraih kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Beraksi di atas padang becak, kedua-dua pasukan memulakan rentak dengan perlahan apabila pemain dilihat cuba menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Bagaimanapun, skuad The Red Warriors (TRW) terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan menerusi rembatan kencang Syed Sobri Syed Mohd. pada minit ke-12.

Pelawat kembali mengikat kedudukan 1-1 empat minit kemudian selepas penyerang Negeri Sembilan FC, Francis Kone yang menerima hantaran rakan sepasukan bijak melepasi kawalan pertahanan tuan rumah untuk menjaringkan gol.

Jaringan penyemaan itu kembali menyemarak semangat Negeri Sembilan FC dan mereka hampir menambah jaringan kedua pada minit ke-34 sekali lagi menerusi Francis, namun rembatannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang TRW, Mohamad Faridzuen Kamarudin.

Bersambung babak kedua, pelawat terus mendominasi perlawanan menerusi gerak-gerak bahaya ke kubu Kelantan FC, namun dinafikan oleh ketangkasan Mohamad Faridzuen.

Mohamad Faridzuen terus menjadi watak penting apabila sekali lagi menutup peluang Francis untuk menjaringkan gol pada minit ke-78.

Kelantan FC kembali bangkit dan hampir meledakan jaringan kedua pada minit ke-82, namun rembatan Natanael Ringo sedikit sahaja tersasar dari gawang Negeri Sembilan FC.

Penyerang TRW, Nursyamil Abd. Ghani berjaya mencetak gol kemenangan pada minit ke-89 menerusi rembatan kencang dari dalam kotak penalti untuk mewaskan penjaga gawang pelawat, Damien Lim.

Jaringan pada minit akhir itu kekal sehingga wisel penamat dan kemenangan itu menyaksikan Kelantan FC berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI