fbpx

Mungkin nama kami disimpan dalam almari – Zizan Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizan Razak.

PETALING JAYA – Pelawak dan pelakon, Zizan Razak sekali lagi membuatkan netizen pecah perut apabila ‘mempersoalkan’ mengapa namanya tiada dalam pengumuman Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

“Nama-nama Kabinet sudah keluar. Nama saya tiada. Datuk (Seri) Aliff (Syukri Kamarzaman) pun tiada.

“Mungkin nama kami disimpan dalam almari dahulu buat sementara. Pilihan raya seterusnya @aliffsyukriterlajaklaris,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau sebentar tadi.

Hantaran itu mendapat 12,000 tanda suka dengan kebanyakaan netizen memberi reaksi emoji ketawa terbahak-bahak.

“Tunggu Zan. Insya-Allah PRU (Pilihan Raya Umum) tujuh hingga lapan kali lagi. Usaha tangga jaya. Jaga kesihatan saja,” usik Nafie Zi.

“Ajak Datuk Aliff pergi buat kabinet dekat Planet Pluto,” gurau Hafiz Rani.

“Zizang akan dilantik menjadi duta hiburan rakyat Malaysia bertaraf menteri,” ujar Mahadi Hamid.

“Salam Adinda Zizan Razak. Hendak jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kena ada parti politik. Emak saya pun dulu ada ‘parti’ dan tiap kali mesyuarat ada bihun, karipap, agar-agar. Undilah ‘party Tupperware’,” usik Ahmad Kamal Othman. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI