fbpx

Matrix sasar jualan RM1.2 bilion tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SEREMBAN – Keuntungan bersih Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix) meningkat dua peratus kepada RM31.7 juta melalui  jumlah hasil yang dicatat berjumlah RM163.4 juta pada suku pertama tahun 2022. 

Pengerusinya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, keuntungan tersebut didorong oleh permintaan yang tinggi dalam hartanah,  pengurangan perbelanjaan penjualan dan pemasaran sebanyak 15.6 peratus bagi menjimatkan kos sesuai dengan faktor penutupan sektor tertentu dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Syarikat kini berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM1.2 bilion pada tahun kewangan 2022,” katanya dalam satu kenyataan. 

Mohamad Haslah menjelaskan, peningkatan nilai tersebut dipacu oleh prestasi cemerlang yang dicapai pada tahun sebelumnya selain didorong oleh pembangunan hartanah baharu di Sendayan, Negeri Sembilan  yang berjaya memperoleh jualan RM300.9 juta pada suku pertama 2022. 

“Berdasarkan trend tempahan, kami melihat permintaan yang tinggi untuk rumah-rumah mampu milik (atas tanah) dan ingin memenuhi pasaran dengan melancarkan lebih banyak rumah kategori tersebut.

“Walaupun berhadapan cabaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan, jualan hartanah baharu kumpulan berjaya mencapai sasaran pada suku pertama 2022,” katanya.

Mohamad Haslah berkata, kumpulan berhasrat melancarkan hartanah bernilai RM1.6 bilion untuk tahun kewangan 2022 meningkat berbanding RM1 bilion pada tahun sebelumnya.

“Projek baharu di Sendayan, Negeri Sembilan akan mencapai 65 peratus manakala Kuala Lumpur dan Johor masing-masing akan menyumbang 25 peratus dan 10 peratus.

“Selain itu, sumbangan pendapatan daripada hartanah kediaman meningkat 4.8 peratus kepada RM146.3 juta dan hartanah komersial bertambah sebanyak  117.3 peratus kepada RM6.2 juta pada suku pertama 2022.

Tambah beliau, sumbangan daripada pelaburan hartanah pula adalah 16.6 peratus lebih tinggi kepada RM7.9 juta, mengurangkan sumbangan hasil 75.5 peratus lebih rendah iaitu sebanyak RM3.2 juta daripada harta industri.

“Jualan yang belum dibilkan meningkat kepada RM1.04 bilion pada 30 Jun 2021 berbanding RM1.02 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021, memberikan pendapatan yang kukuh bagi tempoh 12 hingga 15 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI