fbpx

Mainan roket Blue Origin berharga hampir RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengeluar roket model, Estes memperkenalkan debut versi mini kapal angkasa Blue Origin. - Estes

BANDAR RAYA NEW YORK – Syarikat aeroangkasa Blue Origin milik manusia terkaya dunia, Jeff Bezos menawarkan roket mainan pada harga AS$69.99 (RM293.43), lapor akhbar New York Post semalam.

Roket mainan itu hasil rekaan rakan kerjasama Blue Origin, Estes yang merupakan  syarikat pembuat roket dan pelancar berkualiti tinggi.

Mainan ini memiliki saiz 1/6 daripada  ukuran sebenar roket New Shepard dengan kemampuan luncuran pada ketinggian 121 meter ke udara.

“Estes dengan bangga bekerjasama dengan Blue Origin untuk memperkenalkan model roket mainan untuk kanak-kanak yang bercita-cita meneroka angkasa lepas.

“Model New Shepard yang boleh diterbangkan adalah mainan paling sempurna untuk menghiasi rak pejabat anda atau dilancarkan bagi suasana simulasi pelepasan roket angkasa lepas tersendiri,” demikian menurut kenyataan laman web Estes.

Roket mainan yang boleh dimiliki menerusi tempahan itu akan dilancarkan secara rasmi pada 1 November ini pada harga asas AS$69.99.

Harga tambahan sebanyak AS$40 (RM167) adalah untuk  peluncur, pengawal dan mesin sekali guna bagi menerbangkannya.

Alat mainan ini turut dilengkapi payung terjun untuk membantu roket itu turun selepas dilancarkan ke udara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI