fbpx

MA Analytics bekerjasama dengan tiga syarikat utama dari Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASYAD (empat dari kiri) bersama wakil pengurusan kanan syarikat Turki selepas memeterai MoU pada IDEF 2021 baru-baru ini.

PETALING JAYA – MA Analy­tics Sdn. Bhd. (MA Analytics) telah memeterai memorandum persefahaman dengan tiga buah syarikat dari Turki bertujuan untuk bekerjasama dalam memajukan industri pertahanan negara pada Pameran International Defence Industry (IDEF 2021) di Tuyap Fair, Turki baru-baru ini.

Tiga syarikat pertahanan antarabangsa itu terdiri daripada Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE), Katmerciler dan IVEO Defence.

MA Analytics adalah syarikat tempatan yang terlibat di dalam bidang pertahanan, tenaga dan telekomunikasi.

Syarikat yang ditubuhkan da­ripada hasil gabungan beberapa profesional muda dan inovatif memberi tumpuan terhadap bidang kejuruteraan, teknologi dan perakaunan dengan misi untuk menawarkan peralatan serta perkhidmatan berkualiti kepada agensi pertahanan dan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif MA Analytics, Rasyad Anwar berkata, MoU tersebut bakal melibatkan kerjasama antara syarikat-syarikat berkenaan berhubung sistem persenjataan, artileri dan kereta perisai.

Ia juga akan melibatkan kerjasama di dalam mereka cipta, pembinaan dan pembekalan alatan persenjataan, artileri dan kereta perisai di Malaysia.

“Syarikat dari Turki akan memberikan bantuan teknikal dan perundingan, pembekalan bahan dokumentasi, teknologi, lesen, peralatan, pembaikan, modenisasi serta perkhidmatan selepas jualan kepada Malaysia.

“Ia juga bakal melibatkan kerjasama dalam bidang-bidang lain mengikut perundangan kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pemeteraian MoU tersebut yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MKE, Yasin Akdere; Timbalan Pengerusi Katmerciler, Mehmet Katmerci dan Ketua Pegawai Eksekutif IVEO Defence, Gokhan Erturan.

Selain itu, Rasyad menjelaskan, walaupun dunia berdepan dengan masalah ekonomi akibat Covid-19 tetapi Turki masih melihat Malaysia sebagai rakan kongsi yang penting, malah kerjasama pertahanan ini menunjukkan keyakinan Turki terhadap Malaysia.

Tambah beliau, Turki ter­kenal sebagai negara yang sudi berkongsi pengetahuan dan teknologi menerusi program pemindahan teknologi (ToT) setiap kali pembelian aset ketenteraan dijalankan.

“Menerusi kerjasama ini, kebergantungan terhadap negara luar dapat dikurangkan menerusi pelbagai kursus yang bakal dilaksanakan.

“Kami juga sedang merancang bekerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan beberapa syarikat berkaitan de­ngan kerajaan agar manfaat daripada MoU ini bakal memberikan impak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI