fbpx

Lelaki takut ‘tinted’ van jenazah cuit hati orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan reaksi lucu seorang pemilik premis pemasangan cermin gelap yang enggan memasang ‘tinted’ pada van jenazah tular di media sosial.

Menerusi video 45 saat yang dikongsi di laman Facebook Muhammad Hafiz Zarin hari ini, reaksi pemilik premis berkenaan yang takut dengan pelekat ‘Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati’ itu turut mencuit hati orang ramai.

“Kenapa ada ‘Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati?’ Haiya.. tak bolehlah aku takutlah. Jangan rakam lah,” kata lelaki berkenaan.

Turut kelihatan terdapat sebuah keranda di dalam kenderaan berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan riak wajah pemilik premis berkenaan yang merupakan seorang berbangsa Cina betul-betul kelihatan takut tetapi pada masa sama mencuit hati.

“Takut pula tokeh tu. Kesian dia, ajar dia mengucap sekali,” seloroh Idin.

“Pagi-pagi dapat van jenazah, tak ada ong lah kedai. Mahu tutup seminggu kedai dia lepas ni,” kata Nur Amin.

“Kelakarlah muka dia nampak betul takut tu. Termenung kawan tu tengok siap ada keranda,” kata Delyster.

Video tersebut setakat ini telah ditonton lebih 6,000 kali dan mendapat 300 tanda suka. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI