fbpx

JPJ beri nasihat bagi kesalahan kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly (tengah) memeriksa kenderaan dalam operasi di Plaza Tol Sungai Dua dekat Butterworth di Seberang Perai semalam. Foto : SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan kaedah nasihat dan advokasi kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil pada sepanjang Bulan Kebangsaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, ia sebagai usaha bagi menyampaikan kesedaran kepada pengguna jalan raya terhadap undang-undang lalu lintas yang perlu dipatuhi.

“Bagi kesalahan kecil yang kita rasa tidak wajar untuk dikompaun, maka nasihat akan diberikan supaya mereka tidak mengulangi lagi perbuatan terbabit.

“Pendekatan ini dilaksanakan bermula hari ini (semalam) sehingga Hari Malaysia pada 16 September depan,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian semasa melakukan tinjauan Operasi Penguatkuasaan Akta 342 Pematuhan Pematuhan Prosesur Operasi Standard (SOP) Covid-19 dan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 di Plaza Tol Sungai Dua dekat Butterworth di sini.

Menurut Aedy Fadly, pada operasi kira-kira tujuh jam berakhir pukul 11 malam itu, sebanyak 14 notis kesalahan membabitkan kompaun berjumlah RM50,000 dikeluarkan daripada 230 kenderaan yang diperiksa.

Sementara itu, JPJ Pulau Pinang turut mengeluarkan 47 notis dengan kompaun berjumlah RM203,500 atas pelbagai kesalahan menerusi operasi sama dalam tempoh 25 Julai lalu sehingga semalam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI