fbpx

Joy Red Velvet, Crush dilamun asmara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERCINTAAN antara Joy dan Crush disahkan oleh pihak pengurusan masing-masing.

DALAM diam-diam, seorang anggota Red Velvet, Joy dikatakan sedang menyulam cinta dengan penyanyi solo, Crush.

Perkara tersebut turut disahkan agensi mereka, SM Entertainment dan P-Nation menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Kedua-dua mereka mula bercinta selepas menjalinkan hubungan sebagai senior dan junior sebelum ini.

“Mereka juga pernah berkolaborasi menerusi lagu Mayday pada tahun lalu sebelum mengakui menjalinkan hubungan romantis,” tulis kenyataan tersebut.

Tambah kedua-dua agensi, hubungan Joy dan Crush menjadi semakin rapat kerana mereka berkongsi minat yang sama sebagai pencinta anjing.

Sekadar info, Joy dan Crush mempunyai perbezaan umur sebanyak empat tahun, Crush berusia 30 tahun, manakala Joy pula 26 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI