fbpx

Itali benarkan referendum eutanasia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakim mahkamah perlembagaan Itali menyifatkan pesakit haruslah sedar sepenuhnya atas keputusan yang dibuat. - Getty Images

ROM, Itali – Itali bakal mengadakan referendum berhubung pelaksanaan eutanasia seawal tahun depan selepas menerima lebih 750,000 tandatangan mengenainya dalam satu petisyen, lapor laman berita Mail Online kelmarin.

Eutanasia ialah perbuatan menamatkan hayat seseorang yang menanggung kesengsaraan akibat penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Tindakan tersebut dilakukan atas dasar belas kasihan kerana tidak mahu pesakit terus menanggung sakit yang berpanjangan.

Di Itali, lebih 500,000 tandatangan diperlukan dalam  sesuatu petisyen untuk membenarkan referendum dibuat di negara itu.

Dengan lebihan 250,000 tandatangan lagi, undian mengenainya boleh dilakukan seawal tahun depan.

Kempen tersebut menuntut perubahan ke atas undang-undang yang melarang perbuatan bunuh diri di Itali.

“Ketika ini, tanpa undang-undang yang membenarkan pelaksanaannya, eutanasia bukan menjadi hak semua.

“Saya menandatangani petisyen itu untuk memberi kebebasan kepada mereka yang tidak boleh pergi ke negara-negara yang membenarkan eutanasia,” kata wartawan penyiasat yang juga penulis Persatuan Luca Coscioni, Roberto Saviano.

Melalui undang-undang sedia ada di Itali, individu yang membantu orang lain untuk membunuh diri boleh dipenjara antara lima hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, mahkamah perlembagaan pada 2019 memberi pengecualian eutanasia kepada  ‘pesakit yang sengsara akibat penyakit tidak boleh sembuh serta menyebabkan penderitaan fizikal serta psikologi yang dirasakan tidak mampu diharungi’. 

Hakim menambah, pesakit juga haruslah sedar dan mampu membuat keputusan sepenuhnya ke atas tindakan itu.

Mereka yang menderita penyakit tidak boleh disembuhkan, namun bukan dalam kategori itu tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang tersebut.

Penyokong referendum itu berkata, sekiranya diluluskan, undang-undang itu akan membenarkan kaedah perubatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan untuk menamatkan hidup mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI