fbpx

Banjir semakin baik di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membersihkan kawasan kediaman selepas air banjir mula surut di Kampung Tersusun Batu 6 1/2, Matang hari ini.

IPOH – Keadaan banjir di negeri bertambah baik apabila hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 50 mangsa daripada 16 keluarga setelah PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian ditutup pukul 5 petang tadi.

Sebelum ini PPS berkenaan dihuni 110 mangsa daripada 43 keluarga yang merupakan penduduk Kampung Matang Tengah.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa yang berada di PPS SK Alor Pongsu, Kerian ketika ini adalah penduduk dari lima buah kampung.

“Antaranya dari Kampung Matang Pasir, Kampung Parit Simpang 4 dan 5, Kampung Baru dan Kampung Matang Tengah Changkat Lobak.

“Kita akan memantau situasi semasa dan mangsa boleh dibenarkan pulang jika keadaan pulih sepenuhnya,” ujar jurucakap tersebut.

Kawasan sekitar Alor Pongsu dilanda banjir kilat apabila ban Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Samagagah pecah menyebabkan air melimpahi Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kasim.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI