fbpx

Arteta akhirnya nikmati kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG (tengah) meledak hatrik ketika membantu Arsenal menewaskan West Brom pada aksi pusingan kedua Piala Liga England awal pagi semalam. – TWITTER ARSENAL

WEST BROMWICH – Arsenal meraih kemenangan sebagai penyuntik semangat selepas membelasah West Bromwich Albion 6-0 pada pusingan kedua Piala Liga England (EFL) di Stadium Hawthorn awal pagi semalam.

Hatrik menerusi Pierre-Eme­rick Aubameyang serta masing-masing satu gol jaringan Nicolas Pepe, Alexandre Lacazette dan Bukayo Saka memastikan The Gunners bangkit daripada kekecewaan sebelum ini.

Arsenal memulakan saingan musim baharu dengan agak hambar selepas tewas dalam dua aksi awal Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Chelsea serta pendatang baharu, Brentford.

“Satu keputusan yang sangat bagus kerana bukan mudah untuk datang ke sini dan menjaringkan enam gol selain memastikan pintul gol tidak dibolosi. Saya sangat gembira.

“Pemain-pemain menunjukkan motivasi yang cukup tinggi sejak awal permainan. Kemenangan ini sangat penting selepas tewas dalam dua perlawanan terdahulu,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Pada masa sama, beliau juga gembira dengan aksi dua pemain baharu, Martin Odegaard dan Aaron Ramsdale yang menampilkan aksi memberangsangkan dalam perlawanan tersebut.

“Kedua-duanya bermain de­ngan sangat baik. Martin berikan kami sesuatu yang berbeza berbanding sebelum ini sementara Aaron menunjukkan dia sudah menyesuaikan diri dengan pasukan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI