fbpx

200 beg mayat disumbangkan kepada HTAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azreen Syazril (kiri) menyerahkan kotak berisi beg mayat kepada Nur Ayutimasery di HTAR, Klang hari ini.

KLANG – Sebanyak 200 beg mayat bernilai RM15,200 disalurkan kepada Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berkata, sumbangan itu selepas pihaknya menyedari keperluan mendesak beg mayat untuk digunakan bagi menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

“Inisiatif diambil atas kecaknaan pihak YIDE terhadap situasi semasa rentetan kes kematian dilaporkan akibat pandemik Covid-19 masih banyak khususnya di Selangor yang mencatatkan kes tertinggi saban hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penyerahan beg mayat tersebut disempurnakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Prof. Azreen Syazril Adnan kepada wakil Jabatan Forensik HTAR, Dr. Nur Ayutimasery Abdullah.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, YIDE turut menyerahkan 4,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM138,000 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan oleh petugas-petugas pengebumian jenazah Covid -19.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI