fbpx

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TMJ cuba menghubungi individu yang juga pemilik akaun Instagram @azmannaim44mantra kerana ayahanda baginda, Sultan Johor tertarik dengan video nyanyian lelaki itu dalam media sosial.

PETALING JAYA – Selepas memancing perhatian ramai dengan lagu parodi musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, kali ini seorang individu yang juga pemilik akaun Instagram @azmannaim44mantra ‘dicari’ Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim.

Bukan berkaitan isu panas atau kontroversi, sebaliknya pencarian tersebut dilakukan sebagai menyempurnakan permintaan ayahanda baginda, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar susulan sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuatnaik individu terbabit dalam Instagram.

TMJ dalam hantaran menerusi InstaStory turut memuji perkongsian @azmannaim44mantra selain mengulang hantaran video lelaki asal Kulai Johor itu bersama kapsyen ‘First Class’.

Menyedari TMJ sedang mencarinya, @azmannaim44mantra atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, turut memberikan maklum balas dengan menulis ‘Menjunjung Kasih Tuanku’.

Azman yang juga bapa kepada dua anak aktif membawakan lagu popular yang ditukar ke lirik bahasa Melayu dengan mengambil isu semasa sebagai tema nyanyian lagu saduran sejak pertengahan tahun lalu.

Bukan sekadar mempunyai vokal hebat, seni kata yang diketengahkannya cukup dekat dengan situasi dilalui masyarakat masa kini yang terpaksa berperang dengan pandemik Covid-19.

Malah lagu My Way ditukar judul kepada My Sejahtera Way yang dimuat naik dua hari lalu menjurus kepada keluhan orang ramai belum mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Rata-rata melayangkan tahniah kepada usahawan berkenaan yang menghiburkan ramai meskipun disampaikan dalam bentuk sarkastik dan gurauan.

Antara lagu lain berkisar PKP yang dikongsikan usahawan itu dalam laman sosial Instagram serta TikTok termasuk mengenai permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium.

Terbaharu penyanyi Adibah Noor turut berkongsi video duet bersamanya menerusi TikTok membawakan lagu Michael Learns to Rock yang berjudul That Why (You Go Away). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI