fbpx

Tiada laporan Orang Asli lari tinggalkan kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GUA MUSANG – Polis tidak menerima sebarang laporan mengenai masyarakat Orang Asli lari dari rumah ketika kampung mereka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Hasil pemantauan di tiga buah kampung yang dikenakan PKPD di Pos Brooke dan dua buah kampung di Pos Blau mendapati kebanyakan komuniti Orang Asli patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, komuniti Orang Asli suku kaum Temiar itu memberi kerjasama baik apabila tinggal di rumah dan tidak melakukan pergerakan aktif ke kampung lain.

Katanya, anggota keselamatan seperti polis, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia masih bertugas mengawal pintu masuk di lima perkampungan berkenaan.

“Jika keadaan itu berlaku di kawasan perkampungan Orang Asli di pos lain, ia bukan di bawah kawalan pihak polis.

“Kita hanya memberi kawalan ketat melibatkan lima kampung Orang Asli yang dikenakan PKPD sahaja setakat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tiga kampung yang dikenakan PKPD di Pos Brooke adalah Kampung Sendrop, Kampung Sengsang dan Jedip WCT bermula 30 Julai lalu dijangka tamat hari ini.

Dua lagi kampung yang baharu dikenakan PKPD di Pos Blau iaitu Kampung Blau dan Kampung Batang bermula Selasa lalu sehingga 7 September depan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI