fbpx

Tauliah Mengajar Agama Islam ahli politik tidak disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak akan menyambung dan menerima permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam di masjid dan surau di negeri ini daripada individu yang bergelar ahli politik.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini selaras keputusan sidang mesyuarat Dewan Diraja Selangor Yang ke-151 pada 4 Mac 2019 selepas mendapat perkenan daripada Ahli Dewan Diraja Selangor.

Bagaimanapun, katanya, Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 6 April lalu memutuskan ahli-ahli politik yang tauliah mengajarnya masih berkuatkuasa dibenarkan sehingga tamat tempoh tauliah itu.

“Beberapa syarat ditetapkan kepada mereka seperti menyentuh isu-isu politik kepartian, mengaitkan individu tertentu dan menyebarkan fitnah.

“Setakat ini, sebanyak 31 ahli politik yang masih memegang Tauliah Mengajar Agama Islam di Selangor,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PH-Taman Medan) yang ingin mengetahui status mengajar agama Islam kepada aktivis organisasi politik.

Jelas Amirudin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu mana-mana ahli politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk Pilihan Raya Kecil 2018 dan 2019 yang memohon tauliah ini telah ditolak permohonannya.

“Apabila ada sebarang pembaharuan bagi tauliah mengajar selepas ini, semua (ahli politik) yang ada jawatan jelas dalam politik tidak dibenar sambung tauliah terbabit kerana telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tauliah MAIS,” katanya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI