fbpx

Selangor pinjamkan 200,000 dos vaksin kepada Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Selangor meluluskan permintaan bagi meminjamkan kira-kira 200,000 dos vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, permintaan itu bagi menyelesaikan pemberian vaksin dos pertama kepada baki 225,226 penduduk negeri ini pada minggu keempat Ogos.

Menurutnya, Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) turut memberi jaminan meluluskan permohonan untuk Pulau Pinang memulangkan semula vaksin berikutan kira-kira 300,000 dos yang diterima pada minggu keempat Ogos adalah bagi dos kedua.

“Saya telah bermesyuarat dengan pihak Selangor Health Care (SelCare) semalam bagi berbincang berkaitan pekej vaksin dan penghantarannya serta memberi jaminan untuk tiba pada hari sama.

“Semoga dengan usaha ini kita dapat mencapai pemberian vaksin kepada semua orang sekurang-kurangnya satu dos pada hujung Ogos atau minggu pertama September,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kira-kira 76,000 individu di daerah Seberang Perai Tengah yang menjadi pusat perebakan di negeri ini belum divaksin, manakala sekitar 80,000 pekerja di daerah itu yang telah mendaftar dengan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) juga belum menerimanya.

“70 peratus daripada jangkitan Covid-19 dan R-naught (Ro) di negeri ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 adalah daripada tempat kerja, termasuk kilang.

“Selain itu, walaupun kes harian ketika ini mencecah sehingga 2,500, sebanyak 98 peratus daripadanya tiada simptom atau hanya mengalami simptom ringan,” katanya lagi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI