fbpx

Sabarlah Dafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENJADI anak kepada Perdana Menteri Malaysia juga satu cabararn besar buat Dafi.

SEJAK bapanya dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) baru-baru ini, nama Dafi tidak lekang daripada menjadi bahan bualan netizen.

Ada yang mengecam, ada yang mengkritik, namun masih terdapat kata-kata semangat yang diberikan kepada pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu.

“Jangan terlalu layan kata-kata negatif netizen. Jangan buat perkara yang tak elok ya,” komen seorang pengikut Instagramnya.

Lebih lucu, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka sudah menjadi adik-beradik Dafi sejak bapanya bergelar PM, maklumlah kita kan Keluarga Malaysia.

Namun, ramai tahu Dafi kuat untuk menghadapi semua ini. Bak katanya sebelum ini, dia sudah melalui perkara sebegini sejak menyertai Akademi Fantasia lagi.

Macam-macam hal netizen zaman sekarang. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Berpada-pada apabila berkata-kata ya kerana itu cerminan diri kita sendiri.

MIZZ LAHAR: Sejak bapa Dafi menjadi PM, ramai yang kembali mendengar lagu Bila Terasa Rindu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI