fbpx

Ribut petir landa Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di satu atau dua tempat di Kedah, kawasan pantai Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Sibu, Kapit serta Bintulu di Sarawak, pagi ini.

“Hujan turut diramal berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pantai negeri Perak dan Melaka, pedalaman Pantai Barat Sabah dan Wilayah Persekutuan.

“Hujan dijangka turut melanda satu atau dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, cuaca mendung diramal menyelubungi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, kawasan pedalaman Negeri Sembilan, Johor selain Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah pada pagi ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI