fbpx

Ribut petir landa 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di satu atau dua tempat melibatkan 10 negeri pada sebelah petang, hari ini.

“Ribut petir dijangka akan berlaku di satu dua tempat di Kuala Lumpur, Johor serta kawasan pedalaman negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir turut diramal akan berlaku di satu atau dua tempat di Pantai Barat dan Sandakan di Sabah,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Tambahnya, ribut petir turut dijangka melanda satu atau dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.

Dalam pada itu, MetMalaysia dalam laporan cuaca di laman YouTube berkata, hujan diramal berlaku melibatkan satu dua tempat di kawasan pedalaman Perak dan Tawau serta Kudat di Sabah pada petang ini.

“Berikutan hujan kadangkala boleh menyebabkan berlaku banjir di kawasan rendah. Elakkan menggunakan jambatan yang tidak kukuh dan melalui jalan yang sering dinaiki air,” ujarnya sebentar tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI