fbpx

Purata 20 pasangan Islam bercerai sehari di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seramai 20 pasangan beragama Islam dilaporkan bercerai setiap hari di Perak disebabkan masalah kewangan ekoran pandemik Covid-19 bagi tempoh Januari 2020 hingga Jun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Asmuni Awi berkata, berdasarkan perangkaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, sebanyak 71,806 kes perceraian dalam kalangan orang Islam dalam tempoh berkenaan.

“Daripada angka ini kalau hendak dipecahkan kepada harian sebanyak 132 kes satu hari dilaporkan.

“Kalau jumlah ini dipecahkan mengikut negeri, kalau kita mengatakan bahawa di negeri Perak menyumbang sebanyak 12 peratus daripada jumlah yang dinyatakan itu.

“Ini bermakna di negeri Perak berlaku perceraian dalam kalangan pasangan Islam sebanyak 20 (pasangan) sehari atau pun 450 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini hari ini.

Menurut beliau, daripada jumlah berkenaan dianggarkan seramai 450 orang pasangan suami isteri beragama Islam bercerai setiap bulan dalam tempoh tersebut.

“Antaranya kebimbangan ialah kadar jangkitan yang merisaukan, simpanan yang rendah, belanja yang tidak mencukupi, tanggungan hutang semakin meningkat dan hilang pekerjaan atau tiada punca pendapatan,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI