fbpx

PM lahir penghargaan terhadap Wanita UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan penghargaan terhadap Wanita UMNO.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan penghargaan terhadap Wanita UMNO yang menyambut ulang tahun ke-72 penubuhannya hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata menerusi satu entri di Facebook, beliau tidak dapat membayangkan keadaan parti tanpa Wanita UMNO.

“Tertulis dalam sejarah tentang pengorbanan pelopor pergerakan ini bergolok bergadai menuntut kemerdekaan dan perjuangan itu diteruskan sehingga ke hari ini.

“Tanpa Wanita UMNO, tidak mungkin parti teguh membela bangsa dan rakyat. Tanpanya juga, mana mungkin negara mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan kerana wanitalah tulang belakang perjuangan,” katanya hari ini.

Tambah beliau, bukan sedikit harta benda, keringat dan air mata yang tumpah bukan hanya untuk wanita, bahkan demi sebuah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air tercinta.

“Selamat menyambut Ulang Tahun Wanita UMNO Ke-72! Jasamu akan terus dikenang dan disanjung sepanjang zaman,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI