PETALING JAYA – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) yang tidak lagi sesak membuktikan keberkesanan suntikan vaksin.
Tangkap layar WhatsApp Story seorang wanita, Fadilah yang menunjukkan keadaan di PKRC tersebut dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation, Dr. Anas Alam Faizli menerusi laman Twitternya semalam.
Menerusi tangkap layar tersebut, dapat dilihat katil-katil di PKRC tersebut kosong tanpa pesakit Covid-19.
“Nak bagitahu ni, Maeps makin kosong. Yang pakai oksigen pun dah mendadak kurang. Terima kasih yang ambil vaksin! Kami sayang anda!” tulis wanita tersebut di WhatsApp Storynya.
Anas Alam turut berkongsi video seorang pengguna bernama @nazirahzubaidi yang menunjukkan keadaan serupa di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati.
“CAC Stadium Melawati pun dah lengang. Tengok abam tu siap silang kaki lagi. Steady,” ciapnya.
Sementara itu, seorang pengguna, @GeorgeEdwinjac2 berkata, sudah tiba masanya majikan atau kerajaan mewajibkan kakitangan mereka untuk disuntik vaksin.
“Jika mereka enggan, pastikan pekerja terbabit mengambil ujian PCR setiap minggu dan ditanggung sendiri.
“Mereka ada pilihan, ambil vaksin atau ujian. Kita tengok berapa lama mereka boleh bertahan,” ciapnya.
Pengguna bernama @fazrilizzamy pula berkata: “Vaksin berkesan, walaupun diri sendiri positif Covid-19 dengan sejarah asthma tapi cuma kategori 1.
“Tak nak kasihankan diri tak apa, cuba kasihankan frontliner,” ciapnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929