fbpx

PGA rampas pelbagai barang seludup lebih RM1.22 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Shukor menunjukkan gambar seekor kuda bernilai RM20,000 yang dirampas Batalion 8 PGA menerusi Op Benteng Covid-19, hari ini. /FOTO YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai barang seludup bernilai lebih RM1.22 juta sejak mengambil alih penugasan Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand sejak 10 hari lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, sepanjang penugasan itu, pihaknya turut menahan 23 individu lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berkait dengan aktiviti penyeludapan.

Menurutnya, cecair vape menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan rampasan itu apabila ia melibatkan nilai sebanyak RM296,000 diikuti oleh karkas babi seberat 650 kilogram (kg) bernilai RM195,000.

“Menerusi Op Benteng Covid-19, kita turut mematahkan cubaan menyeludup masuk sembilan ekor anak anjing jenis Bulldog bernilai RM61,000.

“Selain itu, seekor kuda bernilai RM20,000 yang diseludup turut dirampas termasuk pelbagai lagi barangan-barangan lain,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Markas Taktikal Lubok Stol di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya turut merampas pelbagai jenis kenderaan yang digunakan untuk aktiviti menyeludup berjumlah RM526,000.

Katanya, Batalion 8 PGA akan terus memperketatkan lagi kawalan sempadan dengan membuat pemantauan di pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, Tumpat bagi membendung aktiviti jenayah rentas sempadan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI