fbpx

Penjual sup herba mengaku tidak bersalah buat laporan polis palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Amar ketika tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penjual sup herba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung tindakan polis yang memeras ugutnya.

Tertuduh Muhammad Amar Zaid Muhammad Amir Lim, 21, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah memberi kepada seorang penjawat awam iaitu Lans Koperal Nuratikah Kafly maklumat seperti mana dalam laporan polis Kepong yang mana diketahui tertuduh sebagai palsu.

Ia bagi maksud hendak menyebabkan penjawat awam itu menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang berkenaan dengan hal yang dimaklumkan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Sentul di sini pukul 12.03 tengahari pada 7 Jun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan RM7,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Sebelum ini media melaporkan Muhammad Amar mendakwa diperas ugut oleh anggota polis pada 2 Jun lalu kerana gagal mengemukakan surat kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh ‘total lockdown’.

Menurut laporan sebuah portal sebelum ini, tertuduh yang juga dikenali sebagai Lim Thiam Fook, kemudiannya memutuskan untuk menukar keterangan dan menarik balik dakwaan dia diperas ugut oleh tiga anggota polis. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI