fbpx

Pemerkasaan wanita terus jadi agenda penting KPWKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maziah berucap sempena majlis penutup Simposium Wanita Negara 2021 secara dalam talian, baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Agenda pemerkasaan wanita diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menjadi salah satu agenda penting negara yang memerlukan komitmen tinggi daripada semua pihak bagi menjayakannya.

Ketua Setiausaha KPWKM, Dr. Maziah Che Yusoff berkata, adalah menjadi harapan kementerian melalui pelbagai program pemerkasaan wanita itu, golongan wanita akan terus memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, dalam Belanjawan 2021, sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas disediakan melalui TEKUN, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan AgroBank ditawarkan bagi memperkasa usahawan wanita.

Menurutnya, selain itu, RM50 juta turut disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu Biznita.

“Program bimbingan keusahawanan terutama dalam aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga disediakan yang mana telah memberi manfaat kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe.

“Peruntukan berjumlah RM7.4 bilion yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memperluaskan perkhidmatan jalur lebar turut memberi ruang dan potensi untuk wanita mengembangkan perniagaan secara dalam talian,” katanya dalam ucapan penutup Simposium Wanita Negara (SWN) 2021 secara dalam talian bermula 23 sehingga 25 Ogos lalu.

Maziah berkata, resolusi dihasilkan pada kali ini akan diterjemahkan dalam bentuk dasar yang komprehensif dalam usaha mendokong agenda pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender di negara kita.

Pertemuan selama tiga hari itu berjaya mengumpulkan kira-kira 500 peserta daripada pelbagai latar belakang terdiri daripada ahli akademik, wakil agensi kerajaan, syarikat korporat, NGO, individu mewakili golongan rentan dan orang perseorangan. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI