fbpx

Pemandu rentung treler kontena terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi pemadaman treler tersebut di km 145.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gambir, hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

TANGKAK – Seorang lelaki ditemui rentung selepas treler kontena dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer (km) 145.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gambir, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.36 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Aminrullrashed Azman, 38.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farizan Mokhtar berkata, sebelum kejadian, mangsa memandu treler tanpa muatan secara bersendirian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terperangkap dan gagal keluar daripada kenderaan sebelum berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kebakaran itu memusnahkan sehingga 90 peratus kepala lori dan 20 peratus bahagian kontena.

Katanya, operasi membawa mangsa keluar dan pemadaman di bawah seliaan Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Khalid Mohd. Aris telah mengambil masa kira-kira 40 minit.

Menurut Mohd. Farizan, seramai 13 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan pihaknya menggunakan kaedah dua aliran salur bantu mula dan satu aliran foam sumber air daripada water tanker. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI