fbpx

Pasangan kekasih bawah umur buang bayi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan yang baru lahir ditinggalkan dalam raga motosikal jiran, hari ini.

KUCHING – Sepasang kekasih bawah umur ditahan kerana dipercayai meninggalkan seorang bayi perempuan yang baru lahir dalam raga motosikal jiran di Lorong 5, Kampung Siol Kandis, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, polis menerima panggilan telefon mengenai penemuan bayi itu pada pukul 5.30 pagi dan dia dilaporkan dalam keadaan baik serta cukup sifat

“Hasil tindakan pantas, pihak polis telah berjaya menahan sepasang kekasih yang berusia 16 tahun dalam jangka masa kurang empat jam.

“Turut dirampas adalah pakaian yang dipakai oleh kedua-dua remaja terbabit ketika kejadian, sebuah motosikal, telefon bimbit dan sehelai tuala,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Suspek perempuan dan bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan doktor manakala uri telah dihantar ke Jabatan Forensik hospital yang sama bagi tindakan selanjutnya.

Suspek lelaki pula ditahan di lokap IPD Kuching bagi membantu siasatan kes.

Ahsmon turut memaklumkan bahawa kedua-dua suspek telah mengaku membuang bayi berkenaan setelah melahirkannya pada pukul 2 pagi, hari yang sama.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI