fbpx

Pas yakin pendekatan rentas parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin Hassan

PETALING JAYA – Pas bersetuju serta yakin dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meneruskan pendekatan rentas parti yang dipelopori kerajaan persekutuan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah berkenaan adalah suatu pendekatan politik matang yang berpaksikan kepada keutamaan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengambil kira sebarang perbezaan.

“Pas berpandangan langkah yang diambil adalah selaras dengan realiti politik masa kini dalam konteks pentadbiran negara di seluruh dunia di mana tidak wujud dominasi satu-satu parti politik selepas sesuatu pilihan raya umum diadakan.

“Pas menyambut baik sambutan pimpinan parti-parti pembangkang terhadap usaha pemulihan negara yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan yang memberi ruang yang luas kepada semua pihak untuk menyumbang idea dan buah fikiran dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 serta kesannya termasuk ekonomi dan sosial,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Pas juga yakin dalam masa yang sama kerajaan akan terus berinteraksi dan mewujudkan kerjasama yang lebih konstruktif melibatkan semua pemegang taruh termasuk pihak pembangkang ke arah langkah-langkah reformasi merangkumi semua sektor, institusi dan segmen masyarakat.

“Dengan ini diharapkan akan menjadi suatu permulaan yang baik bagi pembentukan landskap baharu politik negara yang mementingkan kesejahteraan, keharmonian dan keadilan kepada semua rakyat yang terdiri dari masyarakat majmuk,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI