PETALING JAYA – Tindakan seorang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang memarahi seorang penerima vaksin hanya kerana membuat rakaman ketika menerima suntikan mendapat kecaman orang ramai.
Berdasarkan sebuah video berdurasi lapan saat yang dikongsi oleh @winraffm, kelihatan seorang remaja sedang bersedia untuk menerima vaksin di sebuah PPV dipercayai di Johor, namun telah dihalang oleh seorang petugas.
Pegawai tersebut juga didakwa telah bertindak memarahi remaja berkenaan sedangkan vaksinator membenarkan remaja itu merakamkan proses tersebut.
“Punyalah baik nurse itu layan siap bagi rakam, datang seorang pegawai ini tutup kamera alasan KJ dah letak jawatan,” katanya di laman sosial Twitter semalam.
Tinjaun Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan pegawai itu yang dikatakan menghalang hak penerima vaksin tersebut.
“Ada apa yang bahaya sangat ye kalau rakam? tak faham lah aku perangai cerewet ini” ujar @oppiestrawberry
“Walaupun, Khairy Jamaluddin letak jawatan ke apa, bila sesuatu prosedur dah tetapkan mana boleh ubah sesuka hati” tulis @razi_mujah
“Ayah aku kerja dengan KKM cakap boleh sahaja rakam, atau orang itu jealous tak masuk kamera” kata @hadiffffdgaf
Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih daripada 158 ribu tontonan dan 3,632 ribu tanda suka di laman sosial Twitter miliknya – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929