fbpx

Nabila Razali suntik dos kedua vaksin tanpa ‘Joong-Ki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KALI pertama bersama 'Joong-ki, kali kedua sendirian. Nabila selesai mengambil suntikan dos kedua vaksin semalam.

PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencuri perhatian peminatnya ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya apabila dilihat hadir sendirian tanpa ditemani patung dinosaur kesayangannya bernama Joong-Ki.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, rata-rata peminat Nabila atau mesra disapa Bella mengusik penyanyi itu kerana hadir seorang diri ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca tanpa membawa patung dinosaur seperti yang dilakukan ketika menerima dos pertama sekitar Jun lalu.

“Alhamdulillah. Saya telah divaksinasi sepenuhnya!” ujar pelantun lagu Peluang Kedua itu pada ruangan kapsyen.

Selain mengucapkan rasa syukur, peminat penyanyi itu turut bertanyakan tentang keberadaan ‘Joong-Ki’ yang sebelum ini dibawa bersama sebagai peneman.

“Kenapa tak bawa baby Joong-Ki?” usik seorang netizen.

“Eh sekejap. Baby Joong-Ki mana kak?” soal seorang lagi peminatnya.

“Kawan baik (Joong-Ki) tak ikut bersama ke?” komen seorang pengguna Instagram.

Difahamkan, Nabila memberi nama patung dinosaur berwarna hijau itu bersempena dengan nama seorang pelakon Korea Selatan yang begitu diminatinya.

Dalam pada itu, Nabila turut memberi pesan kepada individu lain yang belum mendapatkan suntikan vaksin supaya segera berbuat demikian, selain teruskan amalan menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

Terdahulu, gara-gara membawa patung dinosaur ketika mendapatkan suntikan dos pertama vaksin pada Jun lalu, Nabila dikecam hebat, malah dilabel sebagai mengada-ngada oleh netizen.

“Kenapa perlu bawa ‘benda alah’ (patung dinosaur) itu? Bantal itu sahaja berapa banyak virus boleh melekat. Apa faedah ya? Nanti ramai pula yang bawa bantal,” tegur seorang pengguna Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI