SEBERANG PERAI – Semangat patrotisme dalam diri anak muda ini tidak pernah luntur biarpun sambutan Hari Kebangsaan ke-64 bakal diraikan dalam suasana norma baharu ekoran pandemik Covid-19.
Sebanyak 80 bendera kecil Jalur Gemilang yang menghiasi bahagian luar dan dalam van jenis Subaru E12 milik Mohamad Syukur Mohd Patthi, 27, menjadi bukti cintanya kepada negara.
Katanya, ia merupakan cara dia menggembirakan diri sendiri kerana tahun ini tahun kedua rakyat Malaysia menyambut bulan kemerdekaan dalam norma baharu.
“Kali ini saya mencari kelainan dengan menghias van dengan menggunakan hampir 80 Jalur Gemilang yang diletakkan di atas bumbung, tingkap dan papan pemuka.
“Sangat seronok apabila pengguna jalan raya akan memberi reaksi seperti membunyikan hon dan menunjukkan ibu jari tanda bagus setiap kali ternampak van ini.
“Ada juga yang bertanya sama ada saya memiliki bendera ekstra, dan biasanya saya beri kerana stok Jalur Gemilang disimpan dalam van untuk ganti bendera yang tertanggal,” katanya ketika ditemui di Seberang Jaya di sini hari ini.
Dia yang membantu mengusahakan perniagaan keluarga berkata, semangat cintakan negara wajib diterap dalam diri semua golongan peringkat umur tanpa mengira usia dan bangsa. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929