fbpx

Lebih 13 juta individu lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 59.1 peratus atau 13,842,928 individu dewasa di negara ini sudah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.

Melalui data yang dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, sebanyak 80.3 peratus atau 18,792,797 pula sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam mencecah 32,635,907 dos.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan sebanyak 423,380 dos dengan 161,386 individu menerima dos pertama manakala 261,994 pula lengkap dos kedua. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI