fbpx

Kes harian lepasi 24,000 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 24,599 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,640,843 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 6,936 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 3,487 kes dan Johor sebanyak 2,785 kes.

“Pulau Pinang (2,078 kes), Sarawak (2,024 kes), Kedah (1,538 kes), Kelantan (1,312 kes), Perak (1,170 kes), Kuala Lumpur (881 kes), Pahang (690 kes), Terengganu (567 kes), Negeri Sembilan (526 kes) dan Melaka (515 kes).

“Selebihnya, Perlis (67 kes), Putrajaya (20 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini. – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI