KULAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan sebanyak 104 notis saman kepada pemandu dan pemilik kenderaan di atas pelbagai kesalahan ketika mengadakan Operasi Khas Lebih Muatan di sekitar daerah ini.
Pengarah JPJ Negeri Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, operasi itu diadakan bermula pukul 10 malam hingga 10 pagi hari ini melibatkan enam Stesen Penguat Kuasa (SPK) dan Unit Siasatan dan Risikan, Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Johor.
Menurutnya, sebanyak 70 kenderaan perdagangan telah diperiksa dan 39 darinya telah diambil tindakan penguatkuasaan atas kesalahan membawa lebih muatan.
“Sebanyak 104 notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
“Dalam operasi sama, sebuah kenderaan pula telah diambil tindakan atas kesalahan di bawah seksyen 108(3)(f) APJ 1987 mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain semasa diperiksa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemandu itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM20,000 atau hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.
Tambahnya, kenderaan tersebut juga telah disita dibawah Seksyen 64(4) akta yang sama untuk tindakan lanjut.
“Kerjasama antara semua SPK serta Unit Siasatan dan Risikan akan berterusan dalam aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan undang-undang dan peraturan jalan raya sentiasa dipatuhi.
“Operasi juga dijalankankan bagi meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya lain,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929