fbpx

JIM proses permohonan baharu MM2H mulai Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Semua permohonan baharu Program Malaysia My Second Home (MM2H) akan diproses serta dikendalikan Jabatan Imigresen (JIM) mulai Oktober depan setelah semua proses berkaitan perundangan selesai.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, dalam proses transisi ini, kementerian melalui Pusat MM2H, akan mengendalikan urusan berkaitan peserta sedia ada sehingga 15 September ini.

“Selepas tempoh tersebut, segala urusan berkaitan perkhidmatan pemprosesan permohonan sedia ada dan logistik akan diambil alih sepenuhnya oleh pihak JIM,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh dibuat dengan melayari laman web https://www.imi.gov.my/ atau talian 03-8880 1555 / 1556.

MOTAC berkata, pihaknya akan terus memainkan peranan dalam mempromosikan Program MM2H melalui penglibatan Tourism Malaysia dalam memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi inap jangka panjang terutama kepada pesara-pesara dan personaliti berpendapatan tinggi.

“Pada masa sama, MOTAC juga menyokong penuh Program MM2H diteruskan agar ianya dapat menjana ekonomi negara di samping mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 11 Ogos lalu memaklumkan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang sebelum ini dibekukan kini diaktifkan semula dengan beberapa penambahbaikan dan syarat baharu kepada peserta.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ia kerana kerajaan memahami kebimbangan rakyat mengenai kemasukan warga asing yang akan menambah lambakan warga berkenaan di negara ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI