JOHOR BAHRU – Orang awam diminta agar berhati-hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor dipercayai bertujuan untuk melakukan jenayah penipuan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, baru-baru ini pihaknya telah mengesan beberapa nombor telefon yang digunakan untuk melakukan jenayah penyamaran tersebut.
“Nombor yang dikesan terlibat adalah 016-4818565 dan 010-8368223.
“Sehubungan itu orang awam diminta agar jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ayob Khan turut memberitahu, sekiranya mana-mana pihak mengesan perbuatan tersebut, mereka diminta membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Mereka juga boleh berhubung terus dengan Pusat Kawalan Johor di talian 07-2254047 atau hubungi Pegawai Khas Ketua Polis Johor di talian 013-9058124,” ujarnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929