fbpx

Jangan bungkus jenazah seperti cempedak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Saban hari kita mendengar berita kematian pelbagai individu tanpa mengira usia dan kedudukan sama ada meninggal dunia akibat Covid-19 dan disebabkan penyakit atau insiden yang tidak diingini.

Pengerusi Eksekutif, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menerusi hantaran Facebook SPJM menyampaikan pesanan agar jenazah tidak dikafankan dengan ketat sehingga menampakkan bentuk badan si mati.

“Saya selalu berpesan kepada skuad dan para peserta dalam kursus pengurusan jenazah supaya jangan sesekali ‘membungkus’ mayat.

“Perbuatan itu sangat menyakiti tubuh jenazah sedangkan kita disyariatkan bersopan santun ketika menguruskan jenazah kerana si mati baru sahaja selesai melalui detik menyakitkan iaitu sakaratul maut,” tulisnya hari ini.

Beliau berkata, tujuan tali kafan digunakan adalah untuk mengelakkan kain kafan terbuka ketika mengangkat atau mengalihkan jenazah tempat yang lain.

Menurutnya, ikatan tali kafan merupakan sekadar ikatan yang sederhana dan tidak diikat mati kerana tali kafan tersebut akan dilonggarkan ketika jenazah diturunkan ke dalam liang lahad.

“Mayat bukan buah cempedak. Kain kafan itu sendiri berfungsi seumpama kain selimut yang menutupi tubuh badan daripada terlihat auratnya.

“Begitu juga kain kafan, sekadar dihamparkan untuk menutup tubuh badan. Jika ingin kelihatan kemas sekalipun, tidak perlulah ditarik terlalu tegang sehingga terlihat bentuk badan si mati. Ini sangat mengaibkan,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI