fbpx

Isteri rayu kekasih gelap pulangkan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut merayu kepada kekasih gelap suaminya sambil menangis. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video di Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi seorang isteri merayu kepada seorang wanita yang didakwa merupakan kekasih suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kejadian yang dikatakan berlaku di wilayah Sumatera Selatan itu memperlihatkan wanita berkenaan menundukkan kepalanya kepada wanita perampas tersebut sambil menangis dan merayu.

“Saya mohon jangan rampas suami saya.

“Saya minta maaf dengan kamu jika saya ada berbuat salah. Tolong selamatkan rumah tangga saya,” rayu wanita tersebut.

Teman wanita suaminya itu kemudiannya dilihat turut terduduk dan menangis sambil mengelap air matanya.

Video tersebut dimuat naik di Instagram dan menjadi tular dengan rata-rata netizen meluahkan rasa marah mereka melihatkan situasi itu.

“Jangan jatuhkan maruah sebagai seorang isteri,” komen seorang pengguna.

“Bagus cara yang digunakan wanita ini dengan tidak menggunakan kekerasan,” kata seorang lagi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI