PETALING JAYA – Disangkakan ular rupanya ketam. Situasi menggelikan hati itu dilalui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Alor Setar setelah dihubungi oleh sebuah keluarga bagi khidmat khas ancaman ular hari ini.
Menurut perkongsian di laman Facebook, JBPM Alor Setar memberitahu, mereka dihubungi oleh sebuah keluarga yang menyangka rumah mereka dimasuki seekor ular.
Bagaimanapun, apabila anggota bomba melakukan operasi di rumah tersebut, apa yang ditemui mereka adalah seekor ketam.
“Khidmat khas ancaman ular. Sekali ketam daaaa yang mengancam. Jaga-jaga dik, disepit ketam itu nanti.
“Apa pun, stay safe yer semua. Terima kasih pemanggil sebab percayakan bomba,” katanya hari ini.
Pengguna Facebook yang terhibur dengan hantaran tersebut sempat bergurau-senda mengenai penemuan melucukan berkenaan.
Tamizi Sani berkata: “Harap-harap tuan rumah jamulah sikit ketam masak lemak nenas dengan kailan ikan masin esok ya.”
Sementara itu, Baba Boboiboy berkata, ketam ditemui tersebut merupakan ketam batu.
“Aku dulu duduk kampung rumah dekat dengan paya bakau, jadi ketam jalan sampai rumah aku.
“Aku hantar dia balik paya bakau esok dia datang lagi. Apa yang dia cari pun tak tahulah. Ketam batu ini memang boleh hidup lama di darat,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929