fbpx

Gaya tunggangan Quartararo bantu dominasi aksi di litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO berjaya meraih kedudukan pendahulu setakat ini selepas mencatat empat kemenangan perlumbaan setakat musim ini. – AFP

LONDON – Pelumba Britain, Cal Crutchlow mengakui Fabio Quartararo tidak melakukan sesuatu yang istimewa pada jentera Yamaha M1 2021 walaupun berjaya mendominasi perlumbaan musim ini.

Quartararo yang kini me­mimpin carta kedudukan pelumba mempamerkan tunggangan konsisten apabila telah memenangi empat perlumbaan dan akan turun ke Litar Silverstone dengan kelebihan 47 mata.

Crutchlow mengakui segala pelarasan yang digunakan pelumba Perancis itu tidak banyak berbeza dan sama dengan apa yang diguna pakai sewaktu sesi ujian sebelum ini.

“Selepas melihat kepada data, pelarasan yang diguna pakai Quartararo tidak ba­nyak berlaku perbezaan. Jadi, mungkin gaya tunggangannya memberi kelebihan kepadanya untuk memecut lebih laju berbanding pelumba lain.

“Bagaimanapun, Quartararo tahu apa yang perlu dilakukannya sewaktu berada di atas jentera. Dia suka dengan pelarasannya sendiri dan cuba melakukan sebaik mungkin untuk menjadi pelumba terpantas dalam sai­ngan tersebut.

“Ketika berusia 21 tahun, anda tidak memikirkan soal pela­rasan jentera kerana misi utama adalah untuk tampil laju serta memburu kemenangan,” kata Crutchlow.

Crutchlow diberi peluang untuk beraksi bersama pasukan Monster Energy Yamaha di Grand Prix (GP) British hujung minggu ini selepas menggantikan tempat Maverick Vinales yang kontraknya ditamatkan serta-merta akibat tindakannya yang cuba merosakan jentera Yamaha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI