fbpx

Ebit luah penghargaan terhadap rider

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit (kanan) ketika beramah mesra dengan sekumpulan rider.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew menzahirkan penghargaan terhadap penghantar makanan atau rider yang rata-rata terdiri daripada golongan muda.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, dia mengakui berasa terharu terhadap mereka yang kuat bekerja, dengan ada antaranya membantu ibu bapa bahkan mencari rezeki halal untuk keluarga.

“Mereka ini tak berhenti dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini. Setiap hari berkorban membawa makanan dan barang dapur sampai depan rumah kita.

“Tanpa kita susah payah ke sana-sini di waktu ini. Allah sahaja dan pasti akan membalas jasa korban mereka selama ini,” katanya hari ini.

Entri tersebut menyaksikan Ebit menghulurkan bantuan kepada mereka malah sempat berkongsi kisah mengenai iman, kasih sayang dan ibu bapa.

“Terima kasih ye adik abang kakak semua. Masa beri sokongan, doa dan sedikit hadiah. Mereka semua kata banyak ni ustaz.

“Baik sahaja semua. Masa cerita iman, kasih sayang dan ibu bapa mereka menangis. Saya doakan mereka semua ini menjadi anak soleh,” katanya.

Ebit turut berdoa agar kesemua mereka dijaga dan dipelihara oleh Allah SWT. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI