fbpx

Diet Mediterranean mampu atasi lemah tenaga batin lelaki pertengahan usia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian sebelum ini menunjukkan diet Mediterranean membantu untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan menurunkan tekanan darah. -Everydayhealth.com

LONDON – Satu kajian yang dibentangkan dalam Kongres Persatuan Kardiologi Eropah semalam menyatakan bahawa  pemakanan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang dinamakan  diet Mediterranean dapat membantu melegakan gejala mati pucuk, lapor laman berita United Press International (UPI).

Menurut kajian itu,  diet berasaskan sayuran, bijirin, buah-buahan, kekacang, makanan laut serta  tenusu secara sederhana boleh membantu memperbaiki peredaran darah dan prestasi seksual dalam kalangan lelaki yang menghidap penyakit darah tinggi dan lemah tenaga batin.

Golongan itu turut menunjukkan kesihatan hati yang bertambah baik dan kapasiti senaman  lebih tinggi, termasuk meningkatkan kadar testosteron dan meningkatkan prestasi ereksi serta  mengekalkannya.

“Dalam kajian kami, pengambilan diet Mediterranean dikaitkan dengan kapasiti senaman yang lebih baik, saluran dan aliran darah yang lebih sihat, kadar testosteron lebih tinggi dan prestasi ereksi yang lebih baik.

“Biarpun kami tidak memeriksa mekanismenya, tidak mustahil jika diandaikan bahawa tabiat pemakanan boleh meningkatkan kecergasan dan prestasi ereksi dengan dengan menambah baik  fungsi saluran darah dan mengehadkan penurunan testosteron pada lelaki pertengahan usia,” demikian kata penulis bersama kajian, Dr. Athanasios Angelis.

Kajian sebelum ini menunjukkan diet Mediterranean dapat membantu untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan menurunkan tekanan darah. 

Purata umur mereka yang dikaji adalah 56 tahun dan pengambilan makanan Mediterranean dinilai melalui soal selidik dengan peserta menerima skor antara 0 hingga 55. 

Kapasiti senaman dinilai melalui  ujian treadmil, manakala ukuran testosteron pula dinilai melalui sampel darah yang diambil sebelum pukul 9 pagi setiap hari. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI