fbpx

Boustead Plantations catat untung RM49 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Boustead Plantations Berhad (BPB) mencatat prestasi lebih kukuh pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 dengan keuntungan selepas cukai lebih tinggi berjumlah RM49 juta berbanding RM4 juta bagi suku yang sama tahun lepas.

Untung Sebelum Cukai pula meningkat kepada RM64 juta berasaskan hasil lebih tinggi berjumlah RM243 juta, manakala untung daripada operasi melonjak kepada RM76 juta.

Untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021, Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai lebih tinggi berjumlah RM60 juta berbanding defisit RM8 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. 

Untung sebelum cukai juga meningkat kepada RM83 juta manakala hasil melonjak kepada RM415 juta, dengan untung operasi lebih tinggi berjumlah RM109 juta bagi separuh pertama tahun kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif BPB Zainal Abidin Shariff berkata, harga produk sawit lebih tinggi mendorong prestasi lebih baik bagi Kumpulan.

“Kami berbangga dengan prestasi kukuh yang dicatatkan dan mengekalkan pertumbuhan positif dalam persekitaran ekonomi yang kurang menggalakkan. 

“Pencapaian ini memanfaatkan program penambahbaikan hasil yang dijalankan sebagai sebahagian daripada Strategi Mencipta Semula Boustead.

“Harga CPO terus meningkat pada suku kedua 2021 berikutan tahap pembelian yang kembali pulih, terutamanya dari India, China dan Eropah,”katanya dalam kenyataan.

Dalam jangka pertengahan, Zainal Abidin menerangkan,  prospek masih tidak jelas dihimpit kesan penawaran dalam sektor minyak sawit, khususnya di Malaysia. 

“Keadaan cuaca, terutamanya di Hemisfera Utara, juga dijangka menjejaskan pengeluaran minyak bijian dan minyak sayuran  akibat kekurangan lembapan tanah.

“La Nina mungkin kembali pada suku terakhir 2021, yang berpotensi menyebabkan hujan lebat dan banjir di kawasan penanaman di Asia Tenggara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI